1

Isnin, 29 Disember 2008

work out


hye sume2 manusia kat dalam dunia ni....salam maal hijrah.

hari ni da masuk 2 mggu aqu work out kat gym..huhu

knpe aqu buat work out erk?

sbb aqu kne osteoathritis kt bahu aqu...selepas balik je dari KARISMA kt uitm sri iskandar ari 2 aqu suspect da kne sakit ni...physio 2 kata aqu kne rest dari competetive sport ni..aduisss
da aqu mmg minat maen tennis nk bt mcm ne..then physio 2 kata aqu kne la work out kt gym...huhuhu..

so, ni gambar aqu buat barbell preacher curl..huhu

Sabtu, 20 Disember 2008

Nak Kawan Ke Tak

Saya berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira samada mereka cantik atau hodoh, gemuk atau kurus, Islam atau tidak, Melayu atau bukan Melayu, muda ataupun tua asalkan mereka tidak sombong dan mempunyai perbincangan yang menarik perhatian saya.

Dilemma yang sering saya hadapi adalah persoalan samada bolehkah saya mempercayai apa yang mereka perkatakan?

Beberapa minggu yang lalu saya berkenalan dengan beberapa rakan baru dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai reputasi bertaraf dunia. Dijadikan cerita, melalui kumpulan tersebut saya berkenalan seorang individu yang saya gelarkan A. Beliau nampak begitu ramah dan cara percakapannya begitu meyakinkan.

Beberapa hari lepas saya bersembang dengan A melalui Yahoo Messenger di mana beliau menceritakan pengalaman beliau di samping mengaku bahawa beliau terlibat secara langsung sebagai penganjur dalam sebuah pertandingan di universitinya. Kebetulan, keesokan harinya seorang rakan mengajak saya menemaninya ke pertandingan tersebut.

Di sana saya bertemu dengan seorang lagi rakan di mana saya bertanyakan samada A ada terlibat dalam pertandingan tersebut. Alangkah terkejutnya saya kerana rakan tersebut memberitahu saya yang A tidak pernah mendaftarkan dirinya sebagai ahli committee bagi pertandingan tersebut.

Apa yang menghairankan saya adalah mengapa A perlu berbohong dengan seseorang yang baru dikenalinya. Fenomena "bohong sunat" dalam masyarakat kita bukanlah sesuatu yang baru bagi saya tetapi biasanya kita berbohong kepada seseorang yang kita rapat dan bukannya dengan kenalan baru kecualilah mereka sememangnya "kaki temberang".

Saya ikhlas berkawan dengannya tetapi sekiranya dari awal sikapnya begini, perlukah saya terus berkawan dengannya?

Ahad, 14 Disember 2008

Format Handphone Nokia

Salam.


Harini aku nak borak sikit pasal handphone. Sekarang ini handphone dah jadi barang mainan jer bagi kita.. mudah sangat nak dpt..harga pun murah - murah belaka. Tak macam dulu, Nokia 3210 pun boleh di banggakan.. siap boleh kecoh 1 kampung. Kalau Nokia 3210 tu di bawa ke persekitaran sekarang ni, mesti akan ada bunyi dialog cmni, “Buat baling hanjing pun hanjing leh mati.” huhu. Ok, aku nak ajar cara - cara format handphone nokia. Cukup mudah, cukup ringkas.. budak sekolah pun leh wat. Jd, kalau handphone wat problem, buat apa kita nak hantar ke kedai lg kan lepas ni.. buat abis duit je.

Korang hanya perlu ikut langkah - langkah di bwh ni:

  • Tekan butang dail (green button)
  • Butang bernombor 3
  • Tekan butang bintang * (star)
  • On handset korang
  • Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT
  • Masa yang diperlukan hanya 5 minit.

Ada sedikit pesanan ye untuk korang, semua maklumat dalam handphone akan turut hilang kalau korang berjaya format. Jadi di ingatkan supaya membuat salinan. Selepas format, handphone korang akan berkendali seperti baru beli..

Selamat mencuba!

Selamat Datang ke Airy (personal)

Disclaimer:-
Segala pendapat atau idea di dalam laman web ini adalah semata-mata dari luahan hati penulis. Ia tidak memihak kepada mana-mana individu, kumpulan atau pihak tertentu kecuali jika disebut sendiri oleh penulis. Penulis tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.