Saya berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira samada mereka cantik atau hodoh, gemuk atau kurus, Islam atau tidak, Melayu atau bukan Melayu, muda ataupun tua asalkan mereka tidak sombong dan mempunyai perbincangan yang menarik perhatian saya.
Dilemma yang sering saya hadapi adalah persoalan samada bolehkah saya mempercayai apa yang mereka perkatakan?
Beberapa minggu yang lalu saya berkenalan dengan beberapa rakan baru dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai reputasi bertaraf dunia. Dijadikan cerita, melalui kumpulan tersebut saya berkenalan seorang individu yang saya gelarkan A. Beliau nampak begitu ramah dan cara percakapannya begitu meyakinkan.
Beberapa hari lepas saya bersembang dengan A melalui Yahoo Messenger di mana beliau menceritakan pengalaman beliau di samping mengaku bahawa beliau terlibat secara langsung sebagai penganjur dalam sebuah pertandingan di universitinya. Kebetulan, keesokan harinya seorang rakan mengajak saya menemaninya ke pertandingan tersebut.
Di sana saya bertemu dengan seorang lagi rakan di mana saya bertanyakan samada A ada terlibat dalam pertandingan tersebut. Alangkah terkejutnya saya kerana rakan tersebut memberitahu saya yang A tidak pernah mendaftarkan dirinya sebagai ahli committee bagi pertandingan tersebut.
Apa yang menghairankan saya adalah mengapa A perlu berbohong dengan seseorang yang baru dikenalinya. Fenomena "bohong sunat" dalam masyarakat kita bukanlah sesuatu yang baru bagi saya tetapi biasanya kita berbohong kepada seseorang yang kita rapat dan bukannya dengan kenalan baru kecualilah mereka sememangnya "kaki temberang".
Saya ikhlas berkawan dengannya tetapi sekiranya dari awal sikapnya begini, perlukah saya terus berkawan dengannya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan